Monday, April 13, 2015

Siapa kau sebenarnya...?

Permulaan cerita sangat indah,
Bagaikan dunia tiada masalah,
Tetapi kerana ego,
Tutup segalanya.

Mulut kau pernah menghina diri ni,
Kau bodoh, kau sial, kau tak guna,
Itulah halwa telinga aku.

Tangan kasar kau pernah melekat di badan aku,
Dek kerna aku memulakan,
Tapi pernahkah kau terfikir,
Kudrat wanita tidak sama dengan lelaki.

Kau pernah mengaku segalanya,
Tapi aku anggap semuanya wayang,
Bukan tidak pernah kau tersungkur di depan mata aku,
Alasan aku tinggalkan kau, maka kau bermaharaja lela di kamar beradu.

Engkau mencengkam aku tiap waktu,
Langsung aku ketepikan hati kecil ini dengan dua hati di rumah,
Engkau mengurung aku dalam sangkar,
Supaya orang lain tidak boleh melihat kelibat aku.

Tikar sejadah menjadi saksi satu subuh hening,
Pabila 4 mata memerhati, engkau ketepikan ajaran yang betul,
Tidak kah kau malu dan ajaran apa yang kau anuti?
Pelik dan jelik kalau aku fikirkan.

Kau mahu orang hormati diri kau tapi kau selalu tabur onar pada orang,
Periuk nasi aku pernah engkau cuba taburkan,
Pelik. Apakah salah aku?
Mengapa persoalkan sakit dan dugaan? Bukankah itu sebahagian rezeki dari Allah.

Hari demi hari, bulan berganti bulan,
Aku bukan dianggap sebagai seorang yang disayangi,
Mungkin aku perlu tukar kerja sebagai banker,
Mana letaknya darjat seorang lelaki agaknya.

Kadang-kadang terfikir, apa yang kau mahukan sebenarnya?
Dan, siapa kau sebenarnya?
Adakah engkau waras atau tidak...

Entahlah...
Ingin rasa menaip segalanya tetapi....

Semoga Allah memberi petunjuk yang baik, kuatkan semangat aku dan kuatkan iman aku. Amin.

XoXo,
Pengemis Jalanan

No comments:

Post a Comment