Tuesday, September 18, 2018

Tersurat Segalanya

Allah itu Maha Adil.

Berkat kesabaran aku, niat aku yang ikhlas untuk mendapatkan jawapan, terjawab sudah. All my questions have been answered. I'm blessed.

Benar, malam semalam dia menghantar mesej kata-kata rindu. Aku tetapkan pendirian aku untuk berkeras. Untuk apa aku percaya lagi sedangkan dia sudah ada orang lain.

Dalam leka bermesej, rupanya aku tidak sedar yang dia ada memerli aku di Whatsapp Status. Aku tidak tahu sehingga keesokan hari. Itu pun aku menebal muka meminta tolong kawan lain.

Astagfirullah. Demi Allah, kenapa sampai tahap begitu dia menuduh aku. Aku tidak pernah berkawan dengan sesiapa untuk meminta duit. Nafsu? Bukan lah cara aku walaupun keadaan aku begini. Aku tidak faham kenapa dia tidak dapat berfikir yang selama ini aku dambakan diri ini pada siapa. Aku bukan memberi maruah aku pada orang yang aku tak kenali. Ya, aku berdosa sekali lagi. Allahuakbar. Selama ini aku tidak pernah kacau dia. Aku terkedu dengan tuduhan begini.

Sebelum aku mendapat cerita ini, aku ada berjumpa dia. Aku masuk ke rumah itu dan dipendekkan cerita, semuanya dah bertukar. Seperti orang lain akan mengambil alih. Barang-barang kekasih dia pun sudah ada. Aku cuba menahan marah dan kecewa dalam hati ini. Di hujung sudut hati aku, aku berbisik;

"Sampai hati kau mungkir janji..."

Aku cuba mendengar apa yang dia sampaikan dan aku cuba juga untuk mendapat jawapan serta persetujuaan bersama tetapi akhirnya gagal juga. Baik dia atau aku, masing-masing tidak faham apa yang kami nak. Tetapi bagi aku, setelah apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri dan apa yang telah dia akui, aku rasa inilah masa terbaik untuk aku melangkah pergi selamanya.

Mereka sudah pun terlalu jauh. Seperti aku dulu. Mana mungkin dia akan tinggalkan kekasih baru walaupun kekasih baru itu adalah bekas kekasih dia 6 tahun lepas. Melihat gambar mereka, aku nampak mereka bahagia. Tetapi kenapa dia masih mengatakan rindu pada aku? Kenapa masih nak membezakan aku dengan kekasih baru? Kenapa masih ada niat untuk mencuba sedangkan jalan buntu? Kenapa masih tidak yakin dengan kekasih baru? Bagi aku, kalau aku usaha sekali mana pun, tak mungkin dia akan tinggalkan kekasih baru dia buat kali kedua. Disebabkan itulah, aku rasa undur diri buat selamanya adalah yang terbaik.

Aku menghela nafas panjang. Aku cuba mendapatkan good closure from him tetapi gagal lagi. Kesudahannya, aku beralah dan keluar dari rumah. Dalam hati ini, Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya aku melihat segala yang ada di rumah itu. Aku kecewa.

Aku berjalan terus ke kereta dan aku berbisik dalam hati;

"Mungkin doa aku dah termakbul. Aku minta petunjuk dan jalan penyelesaian dan Allah bagi hari ini sekaligus. Alhamdulillah. Jazalallah Ya Rabbi"

Aku nekad dalam hati, inilah kali terakhir dia akan dapat jumpa aku. Aku berdoa supaya dia akan berbahagia dengan kekasih baru dan janganlah datang kembali sebab apa yang berlaku di depan mata aku cukup mengecewakan diri aku.

Kalau keburukkan aku ini, dia perlu disebarkan, aku berserah pada Allah untuk langsaikan bagi pihak aku.

Selamat tinggal, YY.

Monday, September 17, 2018

Anxiety

Aku ada masalah ni since he left me.

Aku cuba untuk tenangkan diri aku dengan cakap dekat diri sendiri yang aku dengan dia dah habis. Aku kena paksa diri aku untuk berfikiran positif.

Letih. Sedih. Stress.

Mati akal nak buat apa dah. Paling ketara aku kena benda ni, bila bangun tidur. Bangun je tidur, aku mesti tengok handphone aku. Then aku mesti gigil. Aku kena call or message sesiapa untuk aku redakan ni. Call or message bukan cakap pasal si dia pun. Anything untuk aku redakan.

But itulah, tak semua orang faham sakit ni. Bukan aku sengaja nak adakan. Sampai satu tahap, orang dah malas nak layan aku. Tu dah cerita lain whereby aku pulak rasa diketepikan.

That's why aku rasa better aku diamkan diri dan banyakkan tidur.

Entahlah.

Maybe benda ni datang sebab aku tersentak dan terkejut yang dia akan tinggalkan aku. Maybe aku tak percaya yang dia akan tinggalkan aku dengan janji-janji but end up, he did.

Aku meroyan dan merintih sendirian.

Sunday, September 16, 2018

Ambil Tahu

He's texted me last night. He wished for my running event.

Macam mana dia tahu kan? Sebab masa dia datang baru ni, aku update apa aktiviti aku sampai hujung bulan 9 ni. Ye la, I was excited on that time. Aku nak dia tahu movement aku so that he won't worried and takut dia ada plan apa-apa. Sebelum ni pun, aku memang jenis update kat dia. So, its become my habits.

Aku diam bila dapat Whatsapp tu. Aku jadi keliru. Dalam otak aku tertanya, kenapa masih nak ambil tahu? Memang aku letak dia as reference emergency contact but seriously, aku tak harap pun dia ambil tahu.

Aku biarkan message tu. Aku jadi mati akal.

Ting! Ting!

You have 3 messages notification. Again, its from him.

"Everything ok kan...sebab u kata nama i u letak emergency...tu pun masa u kata pi singapore..."

"Kalau tu tipu...xpe la..."

"Takut apa2 org call i ja..."

Jantung aku berdebar sampai tak bernafas. Aku mati akal nak reply apa sebab masa dia message ni, memang dah lewat malam dan masa tu, aku dah kat rumah. Untuk aku menjaga hati aku dan dia, aku just share track history tadi. That's all. Tiada niat aku nak menjadi sombong atau apa. Bila aku fikirkan, aku ni siapa je kan. We were ex and he don't deserve anything from me.

Tak sampai seminit dia balas. He replied;

"Ok, alhamdulillah. Dapat juga medal"

Aku hanya mampu baca tanpa balas. Sebelum aku tidur, jenuh aku fikir. Apa yang dia cuba lakukan? Dia dah ada orang lain. Dah lama dia abaikan aku. Kenapa sekarang ni cuba menjadi orang yang ambil kisah?. Perasaan ini la yang aku tak suka. Sebelum ini pun dia ada juga Whatsapp aku. Dia sampaikan salam dari anak dia dan anak dia ada tanya tentang aku. Allahu. Aku memang kalah dengan budak-budak. Aku memang suka budak. Pada masa yang sama, aku juga keliru. Bukankah kau dulu pernah tuduh aku tak suka anak-anak kau? Yang ni apa ya?

Dua benda ni buat aku kusut balik. Aku tahu kalau aku tanya pendapat orang, orang akan cakap

"Perasaan kau je tu. Abaikan je".

"Lupakanlah, he left you, right?".

"Anggap dia dah mati dalam hati kau, fikir diri kau tu. Tu yang penting"

Secara jujur, kalau aku tanya hati aku sendiri, sampai sekarang aku tak boleh buang dia dalam hati aku. Payah! Aku pun keliru dengan diri sendiri. Dia ni paling susah aku nak lupakan.

The best solution yang aku boleh buat sekarang untuk move on, aku anggap je yang dia nak test the water only. Not more than that. Aku kena kuat kali ini dan bertawakal pada Allah. Aku percaya ada yang lebih baik akan datang.

Another 30 days to go...

Thursday, September 13, 2018

Rindu

Aku rindukan arwah kakak pada ibu aku. 

Bagi aku, dialah tempat aku mencurahkan segala masalah yang aku ada. Sepanjang aku bersama dengan arwah, arwah tak putus memberi nasihat dan sentiasa cuba faham situasi aku. Baik dari segi kerja, keluarga atau percintaan. Bukanlah aku ketepikan ibu aku tetapi aku selesa dengan arwah. Arwah seperti ibu aku juga.

Aku masih ingat lagi, setiap kali aku bertemu mana-mana lelaki, dialah orang pertama aku kongsi cerita dengan dia. Dia juga meletak harapan yang tinggi supaya aku ada rezeki berumahtangga memandangkan saudara aku yang lain sudah pun berumahtangga. Arwah pernah bantu aku untuk usaha mencari jodoh tetapi itulah, mungkin rezeki jodoh aku belum sampai. Tak kesampaian hajat arwah melihat aku di atas pelamin.

Bila dalam keadaan sekarang ini, aku kadang terfikir, alangkah indahnya kalau arwah ada lagi. Banyak cerita aku nak ceritakan pada dia dan banyak air mata aku nak titiskan.

Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. I miss you so damn much.

Al-Fatihah
NYAB


Wednesday, September 12, 2018

Tentang Kanda YY

Poligami.

Dulu aku tidak sokong poligami. Walaupun usia aku agak lewat, aku tetap tidak sokong poligami.

Sehinggalah pada tahun lepas, aku bercinta dengan rakan sekerja di mana beliau berstatus suami orang dan beristeri 2 orang. Kalau orang tanya bagaimana kami berkenalan, baik dia atau aku, memang tidak tahu nak mulakan cerita. Bibit-bibit cinta kami dimulakan dengan panggilan kanda dan dinda. Perbualan kami dileretkan hari demi hari dan kebetulan kami selalu berkomunikasi atas dasar kerja.

Pada 23 Ogos 2017, dia melamar aku sebagai kekasih hatinya dengan menyarungkan cincin di jari manis kiri aku. Betapa gembira nya hati aku pada ketika itu walaupun pada masa yang sama, kami melalui saat getir dengan isteri kedua dia dan dia menerima aku dengan seadanya. Dalam sebulan kami bersama, dia banyak membantu aku dalam semua benda. Aku kagum dengan kesungguhan dia sehinggakan dia sanggup sediakan rumah sewa, bayar bil telefon dan beri duit bulanan untuk aku. Niat dia adalah untuk menyenangkan aku dan dia tatang aku bagaikan minyak yang penuh. Rumah yang dia sediakan, aku hiaskan seperti rumah itu akan kami tinggal bersama selepas bernikah. Aku juga diberikan kesempatan untuk bertemu dengan isteri pertama dia dan keluarga aku juga menerima dia seadaanya.

Dipendekkan cerita, dari beristeri dua, tinggallah seorang sahaja. Aku harap keputusan yang dia ambil ini tidak menyalahkan aku. Tiada niat di dalam hati aku untuk memisahkan mereka tetapi apa yang diceritakan oleh dia, mereka tidak sehaluan.

Hari berganti hari, awal tahun 2018, dia menyatakan hasrat untuk meminang aku selepas bercuti di Krabi. Secara jujur, aku gembira tetapi di dalam hati ini, aku ada rasa takut. Entah kenapa aku harus rasa begini sedangkan ini yang aku nantikan. Mungkin aku harapkan dia beri lebih keyakinan untuk aku berpaut pada dia. Cincin sudah di beli, cuma nantikan hari tersebut. Namun, dek kerana mengikut hati aku ini, majlis itu dibatalkan kerana aku minta masa lagi. Bukan aku tidak serius tetapi mungkin aku terlalu ikutkan hati yang takut ini. Aku cuba untuk memperbetulkan keadaan tetapi malangnya, dah terlambat.

Langit tidak selalu cerah, dalam tidak sedari, dia telah berubah. Pada awal bulan 3,dia minta berpisah. Allahu Akbar! Jatuh jantung aku. Hanya Allah yang tahu betapa menyesalnya perbuataan aku yang selalu ikutkan hati ini. Dalam tidak sedar juga, aku ada tuduh dan memaksa dia. Puas aku pujuk dia dari bulan 3 tetapi hati dia sudah keras. Seperti tiada lagi cinta dan kasih saying di dalam hati. Cuma kata-kata penyedap hati. Aku boleh rasakan masing-masing sudah keliru apa yang kami mahukan. Tidak menentu keadaan kami selama 4 bulan. Hampir setiap hari kami bertekak tentang benda-benda yang tidak muhasabah. Mungkin salah aku juga, ego mengatasi segalanya.

Pada bulan 7, aku memutuskan untuk berdiam diri dan aku pulangkan segala apa yang dia berikan kepada aku. Sangkaan aku, dia akan datang dan memujuk aku tetapi sangkaan aku meleset. 2 minggu aku berdiam diri untuk menenangkan keadaan tetapi rupanya dia telah berubah hati kepada orang lain. Sekali lagi, hati aku hancur berderai. Aku bagaikan emak hilang anak dan tidak mampu paksa dia untuk duduk bersama lagi. Dengan rela hati, aku lepaskan demi kebahagiaan dia walaupun tidak kata-kata perpisahan yang sepatutnya tetapi hati aku masih kuat mengatakan dia akan kembali pada aku.
Aku tidak pasti kenapa harus aku rasa begitu. Hati kuat mengatakan dia adalah jodoh aku tetapi mungkin hati aku rasa begitu disebabkan terlampau sayang. Entahlah. Kalau aku rasa begini, apa yang dia rasa sebenarnya? Adakah niat dia terhadap aku akan masih sama andai bertemu lagi?

Aku hilang focus segalanya sehinggakan kerja aku terjejas. Aku ambil cuti selama sebulan untuk tenangkan diri. Aku cuba sibukkan diri dengan membuat aktiviti hiking, bowling, gym dan mengurung diri dalam bilik. Setiap malam aku menadah doa dan menangis kepadaNya. Sebelum cuti aku habis, aku daki gunung di Thailand. Sedih hati aku bila sampai di kawasan Thailand sebab mengenangkan kisah di Krabi. Hari terakhir aku di sana, aku menangis sepuas-puasnya dan tinggalkan memori dan kesedihan tentang kami di puncak itu.

Genap sebulan aku cuti, aku kembali bekerja. Aku sangkakan diri aku sudah kuat tetapi aku diuji pabila dia datang kembali. Ketika itu, aku gembira tak terkata tetapi aku cuba tidak memaksa keadaan lagi. Aku cuba tidak mengulang lagi kesilapan lalu. Rezeki aku hanya berpihak 2 minggu sahaja dan akhirnya, dia tinggalkan aku sekali lagi. Tiada kata yang aku mampu ungkapkan tetapi sekali lagi aku perlu bangkit semula. Hancur hati aku sekali lagi tetapi kali ini, aku hanya berfikiran positif;

“Allah uji aku sekarang untuk aku dapat yang lebih baik dari sebelum ini…”

Sejak dari itu sehingga hari ini, aku berdoa kepada Allah supaya aku dikurniakan rezeki yang lebih baik dari sebelum ini. Aku percaya Allah tahu niat aku dan dengan ujian ini, aku akan lebih tabah dan kuat untuk menempuh kehidupan seterus ini. Sebelum ini, aku dah banyak tempuh mimpi ngeri dalam percintaan, tak mustahil aku boleh tempuh yang ini kan? Aku mesti kuat demi ibu bapa aku!.

Untuk menyelesaikan segalanya, aku nekad meletakkan jawatan aku. Bukan masalah ini menjadi punca utama aku undur diri tetapi hal kerja juga tidak menyenangkan. Walaupun aku dinaikkan pangkat tetapi aku sendiri rasa tidak berkat kalau tiada kerja diberikan. Aku percaya rezeki Allah itu luas. Aku perlu usaha lebih untuk mencari rezeki demi keluarga aku dan aku beralah bukan kerana apa tetapi aku penat untuk melayan emosi ini.

Kepada si dia, aku minta maaf di atas segala kekhilafan dari ini dan terima kasih di atas segalanya. Terima kasih juga kerana hadir dalam hidup aku walaupun seketika dan aku bersyukur dengan apa yang kau berikan kepada aku selama ini. Aku doakan kau akan dapat kebahagiaan yang kau cari selama ini. Cuma aku berpesan, janganlah kau bermain lagi perasaan dengan seorang wanita yang tulus menerima kau seadanya dan janganlah anggap wanita yang mempunyai kisah silam yang gelap tidak mempunyai perasaan, impian untuk berkahwin. Mohon kau menyimpan aib aku selepas ini.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa ada ketika ini dan selalu mendoakan yang terbaik untuk diri aku. Ada rezeki, aku akan berjumpa dengan jodoh aku. Hanya Allah mampu membalas jasa baik kalian dan terima kasih menyimpan cerita semasa aku bersama dia.

#kuduk #23 #meon #audraqaseh #kandayy