Monday, November 19, 2018
New Beginning
Wednesday, November 14, 2018
Dalam Hati
Aku minta dihalalkan bukan ditinggalkan.
Aku minta disayangi bukan dibenci.
Aku minta kasih sayang abadi bukan kasih sayang sementara.
Aku minta kebahagian bukan perpisahan.
Semoga Allah memakbulkan doa aku dengan jalan Dia redhai dan yang telah ditetapkan olehNya.
Aku tahu;
Allah itu Maha Menyayangi dan Mengasihi setiap umatNya
Allah itu Maha Mendengar segalanya
Tuesday, November 13, 2018
Yang Terakhir
Baru-baru ni dia kembali buat kali ke-6.
Dia menyatakan hasrat untuk kembali semula seperti dulu. Dia tinggalkan kekasih baru demi hubungan kami. Kami cuba tetapi gagal. Masing-masing ada harapan tetapi seperti ada halangan di antara kami.
Aku dengan si dia cuba berbincang dan akhirnya, kata putusnya, kami berpisah lagi. Kali ni, dia salahkan diri sendiri sebab dia keliru dengan apa dia rasa dan mahukan.
Aku akur. Tak guna aku berkata apa-apa dan tak guna juga aku paksa keadaan.
Sedih. Sakit. Semua ada aku rasa.
Aku sedih mungkin aku rasa ada peluang lagi tetapi semua itu dah habis. Mungkin aku ada salah yang aku sendiri tak nampak dan aku tak cuba perbaiki.
Betul kata orang, cinta dan sayang terhadap seseorang, tidak semestinya memiliki. Aku redha. Tetapi aku husnuzon dgn perancangan Allah. Ada yang lebih baik akan datang nanti dan mungkin pintu jodoh aku belum terbuka lagi.
Ya Allah, permudahkanlah urusan jodoh aku. Aku tidak sanggup lagi bersedih lama. Ini dugaan yang paling lama aku hadapi. Ringankanlah dugaan aku ini dan gantikan lah kesedihan aku ini dengan kegembiraan satu masa nanti. Aku nak merasa bahagia seperti pasangan-pasangan lain.
Aku redha dan terima dgn hati terbuka yang aku tiada jodoh dengan dia dan aku rasa ini yang terakhir aku bersama dengan dia semula. Aku doakan dia dapat apa yang dia impikan dan dia bahagia dengan pilihan hati dia.
Selamat tinggal, YY...
Monday, October 1, 2018
Mati Akal
Tuesday, September 18, 2018
Tersurat Segalanya
Allah itu Maha Adil.
Berkat kesabaran aku, niat aku yang ikhlas untuk mendapatkan jawapan, terjawab sudah. All my questions have been answered. I'm blessed.
Benar, malam semalam dia menghantar mesej kata-kata rindu. Aku tetapkan pendirian aku untuk berkeras. Untuk apa aku percaya lagi sedangkan dia sudah ada orang lain.
Dalam leka bermesej, rupanya aku tidak sedar yang dia ada memerli aku di Whatsapp Status. Aku tidak tahu sehingga keesokan hari. Itu pun aku menebal muka meminta tolong kawan lain.
Astagfirullah. Demi Allah, kenapa sampai tahap begitu dia menuduh aku. Aku tidak pernah berkawan dengan sesiapa untuk meminta duit. Nafsu? Bukan lah cara aku walaupun keadaan aku begini. Aku tidak faham kenapa dia tidak dapat berfikir yang selama ini aku dambakan diri ini pada siapa. Aku bukan memberi maruah aku pada orang yang aku tak kenali. Ya, aku berdosa sekali lagi. Allahuakbar. Selama ini aku tidak pernah kacau dia. Aku terkedu dengan tuduhan begini.
Sebelum aku mendapat cerita ini, aku ada berjumpa dia. Aku masuk ke rumah itu dan dipendekkan cerita, semuanya dah bertukar. Seperti orang lain akan mengambil alih. Barang-barang kekasih dia pun sudah ada. Aku cuba menahan marah dan kecewa dalam hati ini. Di hujung sudut hati aku, aku berbisik;
"Sampai hati kau mungkir janji..."
Aku cuba mendengar apa yang dia sampaikan dan aku cuba juga untuk mendapat jawapan serta persetujuaan bersama tetapi akhirnya gagal juga. Baik dia atau aku, masing-masing tidak faham apa yang kami nak. Tetapi bagi aku, setelah apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri dan apa yang telah dia akui, aku rasa inilah masa terbaik untuk aku melangkah pergi selamanya.
Mereka sudah pun terlalu jauh. Seperti aku dulu. Mana mungkin dia akan tinggalkan kekasih baru walaupun kekasih baru itu adalah bekas kekasih dia 6 tahun lepas. Melihat gambar mereka, aku nampak mereka bahagia. Tetapi kenapa dia masih mengatakan rindu pada aku? Kenapa masih nak membezakan aku dengan kekasih baru? Kenapa masih ada niat untuk mencuba sedangkan jalan buntu? Kenapa masih tidak yakin dengan kekasih baru? Bagi aku, kalau aku usaha sekali mana pun, tak mungkin dia akan tinggalkan kekasih baru dia buat kali kedua. Disebabkan itulah, aku rasa undur diri buat selamanya adalah yang terbaik.
Aku menghela nafas panjang. Aku cuba mendapatkan good closure from him tetapi gagal lagi. Kesudahannya, aku beralah dan keluar dari rumah. Dalam hati ini, Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya aku melihat segala yang ada di rumah itu. Aku kecewa.
Aku berjalan terus ke kereta dan aku berbisik dalam hati;
"Mungkin doa aku dah termakbul. Aku minta petunjuk dan jalan penyelesaian dan Allah bagi hari ini sekaligus. Alhamdulillah. Jazalallah Ya Rabbi"
Aku nekad dalam hati, inilah kali terakhir dia akan dapat jumpa aku. Aku berdoa supaya dia akan berbahagia dengan kekasih baru dan janganlah datang kembali sebab apa yang berlaku di depan mata aku cukup mengecewakan diri aku.
Kalau keburukkan aku ini, dia perlu disebarkan, aku berserah pada Allah untuk langsaikan bagi pihak aku.
Selamat tinggal, YY.
Monday, September 17, 2018
Anxiety
Aku ada masalah ni since he left me.
Aku cuba untuk tenangkan diri aku dengan cakap dekat diri sendiri yang aku dengan dia dah habis. Aku kena paksa diri aku untuk berfikiran positif.
Letih. Sedih. Stress.
Mati akal nak buat apa dah. Paling ketara aku kena benda ni, bila bangun tidur. Bangun je tidur, aku mesti tengok handphone aku. Then aku mesti gigil. Aku kena call or message sesiapa untuk aku redakan ni. Call or message bukan cakap pasal si dia pun. Anything untuk aku redakan.
But itulah, tak semua orang faham sakit ni. Bukan aku sengaja nak adakan. Sampai satu tahap, orang dah malas nak layan aku. Tu dah cerita lain whereby aku pulak rasa diketepikan.
That's why aku rasa better aku diamkan diri dan banyakkan tidur.
Entahlah.
Maybe benda ni datang sebab aku tersentak dan terkejut yang dia akan tinggalkan aku. Maybe aku tak percaya yang dia akan tinggalkan aku dengan janji-janji but end up, he did.
Aku meroyan dan merintih sendirian.
Sunday, September 16, 2018
Ambil Tahu
He's texted me last night. He wished for my running event.
Macam mana dia tahu kan? Sebab masa dia datang baru ni, aku update apa aktiviti aku sampai hujung bulan 9 ni. Ye la, I was excited on that time. Aku nak dia tahu movement aku so that he won't worried and takut dia ada plan apa-apa. Sebelum ni pun, aku memang jenis update kat dia. So, its become my habits.
Aku diam bila dapat Whatsapp tu. Aku jadi keliru. Dalam otak aku tertanya, kenapa masih nak ambil tahu? Memang aku letak dia as reference emergency contact but seriously, aku tak harap pun dia ambil tahu.
Aku biarkan message tu. Aku jadi mati akal.
Ting! Ting!
You have 3 messages notification. Again, its from him.
"Everything ok kan...sebab u kata nama i u letak emergency...tu pun masa u kata pi singapore..."
"Kalau tu tipu...xpe la..."
"Takut apa2 org call i ja..."
Jantung aku berdebar sampai tak bernafas. Aku mati akal nak reply apa sebab masa dia message ni, memang dah lewat malam dan masa tu, aku dah kat rumah. Untuk aku menjaga hati aku dan dia, aku just share track history tadi. That's all. Tiada niat aku nak menjadi sombong atau apa. Bila aku fikirkan, aku ni siapa je kan. We were ex and he don't deserve anything from me.
Tak sampai seminit dia balas. He replied;
"Ok, alhamdulillah. Dapat juga medal"
Aku hanya mampu baca tanpa balas. Sebelum aku tidur, jenuh aku fikir. Apa yang dia cuba lakukan? Dia dah ada orang lain. Dah lama dia abaikan aku. Kenapa sekarang ni cuba menjadi orang yang ambil kisah?. Perasaan ini la yang aku tak suka. Sebelum ini pun dia ada juga Whatsapp aku. Dia sampaikan salam dari anak dia dan anak dia ada tanya tentang aku. Allahu. Aku memang kalah dengan budak-budak. Aku memang suka budak. Pada masa yang sama, aku juga keliru. Bukankah kau dulu pernah tuduh aku tak suka anak-anak kau? Yang ni apa ya?
Dua benda ni buat aku kusut balik. Aku tahu kalau aku tanya pendapat orang, orang akan cakap
"Perasaan kau je tu. Abaikan je".
"Lupakanlah, he left you, right?".
"Anggap dia dah mati dalam hati kau, fikir diri kau tu. Tu yang penting"
Secara jujur, kalau aku tanya hati aku sendiri, sampai sekarang aku tak boleh buang dia dalam hati aku. Payah! Aku pun keliru dengan diri sendiri. Dia ni paling susah aku nak lupakan.
The best solution yang aku boleh buat sekarang untuk move on, aku anggap je yang dia nak test the water only. Not more than that. Aku kena kuat kali ini dan bertawakal pada Allah. Aku percaya ada yang lebih baik akan datang.
Another 30 days to go...