Tuesday, September 18, 2018

Tersurat Segalanya

Allah itu Maha Adil.

Berkat kesabaran aku, niat aku yang ikhlas untuk mendapatkan jawapan, terjawab sudah. All my questions have been answered. I'm blessed.

Benar, malam semalam dia menghantar mesej kata-kata rindu. Aku tetapkan pendirian aku untuk berkeras. Untuk apa aku percaya lagi sedangkan dia sudah ada orang lain.

Dalam leka bermesej, rupanya aku tidak sedar yang dia ada memerli aku di Whatsapp Status. Aku tidak tahu sehingga keesokan hari. Itu pun aku menebal muka meminta tolong kawan lain.

Astagfirullah. Demi Allah, kenapa sampai tahap begitu dia menuduh aku. Aku tidak pernah berkawan dengan sesiapa untuk meminta duit. Nafsu? Bukan lah cara aku walaupun keadaan aku begini. Aku tidak faham kenapa dia tidak dapat berfikir yang selama ini aku dambakan diri ini pada siapa. Aku bukan memberi maruah aku pada orang yang aku tak kenali. Ya, aku berdosa sekali lagi. Allahuakbar. Selama ini aku tidak pernah kacau dia. Aku terkedu dengan tuduhan begini.

Sebelum aku mendapat cerita ini, aku ada berjumpa dia. Aku masuk ke rumah itu dan dipendekkan cerita, semuanya dah bertukar. Seperti orang lain akan mengambil alih. Barang-barang kekasih dia pun sudah ada. Aku cuba menahan marah dan kecewa dalam hati ini. Di hujung sudut hati aku, aku berbisik;

"Sampai hati kau mungkir janji..."

Aku cuba mendengar apa yang dia sampaikan dan aku cuba juga untuk mendapat jawapan serta persetujuaan bersama tetapi akhirnya gagal juga. Baik dia atau aku, masing-masing tidak faham apa yang kami nak. Tetapi bagi aku, setelah apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri dan apa yang telah dia akui, aku rasa inilah masa terbaik untuk aku melangkah pergi selamanya.

Mereka sudah pun terlalu jauh. Seperti aku dulu. Mana mungkin dia akan tinggalkan kekasih baru walaupun kekasih baru itu adalah bekas kekasih dia 6 tahun lepas. Melihat gambar mereka, aku nampak mereka bahagia. Tetapi kenapa dia masih mengatakan rindu pada aku? Kenapa masih nak membezakan aku dengan kekasih baru? Kenapa masih ada niat untuk mencuba sedangkan jalan buntu? Kenapa masih tidak yakin dengan kekasih baru? Bagi aku, kalau aku usaha sekali mana pun, tak mungkin dia akan tinggalkan kekasih baru dia buat kali kedua. Disebabkan itulah, aku rasa undur diri buat selamanya adalah yang terbaik.

Aku menghela nafas panjang. Aku cuba mendapatkan good closure from him tetapi gagal lagi. Kesudahannya, aku beralah dan keluar dari rumah. Dalam hati ini, Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya aku melihat segala yang ada di rumah itu. Aku kecewa.

Aku berjalan terus ke kereta dan aku berbisik dalam hati;

"Mungkin doa aku dah termakbul. Aku minta petunjuk dan jalan penyelesaian dan Allah bagi hari ini sekaligus. Alhamdulillah. Jazalallah Ya Rabbi"

Aku nekad dalam hati, inilah kali terakhir dia akan dapat jumpa aku. Aku berdoa supaya dia akan berbahagia dengan kekasih baru dan janganlah datang kembali sebab apa yang berlaku di depan mata aku cukup mengecewakan diri aku.

Kalau keburukkan aku ini, dia perlu disebarkan, aku berserah pada Allah untuk langsaikan bagi pihak aku.

Selamat tinggal, YY.

No comments:

Post a Comment