Monday, October 1, 2018

Mati Akal


Sejujurnya, aku lelah dan penat untuk melayan karenah si dia. Serba tak kena dibuatnya, aku melayan salah, tak melayan pun salah. Kadang-kadang aku terpaksa jadi hipokrit supaya dia tak mengacau aku. Bila aku bertanya apa yang dia mahukan dari aku, senang bagi dia menjawab;

“Entahlah, I pun tak tahu apa yang I nak. I tak faham dengan perasaan ni…”

Indirectly, aku faham je kenapa dia begini. He can’t move on from me. That’s all. In the mean time, aku rasa dia cuba nasib sekali lagi andai aku masih perlukan dia. Natijahnya, aku dah tiada letak harapan. Aku benar-benar mahu pergi sebab bila aku fikir panjang, in the long term, aku tak nampak aku bahagia. Aku rasa boleh mati sakit jantung, haha! Kalau orang matang, dah berpisah, sudahlah. Tak perlu kacau lagi. Nak berkawan pun, biarlah selepas setahun atau dua tahun. Bukan aku tak boleh berkawan pun!

Baru-baru ni, gara-gara aku salah menjawab mesej dan not pick up his called, dia ada mesej mak aku. Pada mulanya aku rasa kurang senang sebab ye la kan, orang mana suka kalau dah gaya begini. Habis segalanya die cerita kat mak aku tentang perangai aku. On that time, aku memang berserah. Dalam hati ni rasa nak pindah je kat mana-mana sementara keadaan ni reda. End up, mak aku takde pun bising bila dapat mesej tu. Cuma mak aku sarankan kami bernikah je kalau dah macam ni.

Allahu, aku tak boleh! Takkan senang-senang macam tu. Dah banyak aku makan hati dengan dia. Bukan setakat tu je, segala caci maki aku dah rasa. Aku betul tawar hati. Sayang tetap sayang tapi kalau nak teruskan, aku berat hati. Makin lama, hati aku kurang terhadap dia.

Betul cakap orang,

“Jangan takut lepaskan dia. Lepaskan dan biarkan dia cari kebahagiaan sendiri. One day kau sendiri akan rasa tawar hati. Tak perlu paksa diri untuk membenci…”

Ya, itulah yang aku rasa sekarang. Hari demi hari, aku cuba ikhlaskan diri aku untuk melepaskan dan melupakan dia. Alhamdulillah, I’m getting better. Aku pun tengah menghitung hari di tempat kerja sini dan InsyaAllah, aku report duty next week kat tempat baru.

p/s: Percaya dan serahkan segala pada Allah. InsyaAllah semuanya akan tenang :)

No comments:

Post a Comment