Tuesday, April 16, 2019

Langkah Terakhir

Salam,

Ini adalah kali ke-13 aku berpisah dengan si dia dalam masa 6 bulan. Kalau tengok post aku yang lama-lama, aku tak putus asa untuk mencari jawapan atau jalan pengakhiran dengan si dia.

Betul, aku yang bodoh agaknya. Macam kawan-kawan cakap, aku ni senang percaya dan senang memaafkan orang. Itulah aku. Aku biarkan orang buat aku sebab aku serahkan segalanya padaNya. Aku tak reti nak membalas dan aku percaya, Allah akan bantu aku untuk membalas dengan berikan kifarah pada orang tu.

Sebelum ni si dia datang, aku bagitahu yang aku ada orang lain pun, dia dah mengamuk. Sebenarnya takde ape pun, die saje je tu nak test aku. Aku je perasan dan keliru lebih. End up, sendu sendiri.

Aku rasa kali ni betul kami berpisah. Si dia pun tak hiraukan aku macam sebelum ni. So aku rasa biarlah aku mendiamkan diri dan abaikan apa yang jadi lepas ni. Still aku overthinking and doubt on him. It's okay kalau si dia ada orang lain but aku nak kepastian je. Jangan gantung aku tak bertali :(

I have to find my own happiness back...


Wednesday, January 9, 2019

Tutup Buku

Salam,

Lama dah aku tak meluah perasaan kat sini.

Dah 9 hari berlalu sejak melangkah Tahun Baru 2019. Bagi aku, pembukaan tahun ni, macam tak best. Sebab masalah yang sama, tak settle lagi.

2 bulan lepas, si dia datang lagi buat kali kali ke-7. To be honest, aku rasa tak sedap hati masa dia datang kat aku. Aku rasa dia masih ada lagi hubungan dengan bekas kekasih dia. Kadang-kadang perasaan aku ni bukan nya betul. Aku tak pasti sama ada betul atau tidak. 

Kalau aku ingat balik, dia dah tunjuk effort nak kat aku. Dia faham keadaan aku dan dia tak henti-henti tunjuk bukti untuk menyakinkan aku yang dia dah tiada hubungan dengan wanita tu tapi seperti hati aku dah keras. It's not easy to gain back your trust, okay? Even sayang kat dia sekali pun, aku tetap ada perasaan doubtful ni. 2 months is very short period to suit and close the gap.

Entah lah. Aside, aku dah lali pun dengan perangai dia. Ada benda yang betul, ada benda yang aku rasa, "eh, ye ke dia ni?"

Whatever it is, aku rasa cukup lah sampai sini sahaja hubungan kami. Aku dah tak nak lalui buat kali ke-8. Macam tiada future dengan dia ni. 

For this year, I really hope can put aside toxic relationship. Aku dah tak larat nak kejar dan menunggu. Dan aku percaya Allah akan gantikan yang lebih baik dari sebelum ni :)


p/s: 8th January 2019 - Hello Life!

Monday, November 19, 2018

New Beginning

Alhamdulillah, after 1 month and half I'm being jobless, 
today is my report duty at this O&G company.

This is my dream job and my target will be staying here as long as I can.

Thank you for those who stayed with me until at this level and I won't forget.

I will to do my level best to prove them wrong. I no longer need any toxic persons in my life.

I need myself back and my happiness.

May Allah ease my journey and hopefully 2019 will be my best year.

Amin.

Wednesday, November 14, 2018

Dalam Hati

Aku minta dihalalkan bukan ditinggalkan.

Aku minta disayangi bukan dibenci.

Aku minta kasih sayang abadi bukan kasih sayang sementara.

Aku minta kebahagian bukan perpisahan.

Semoga Allah memakbulkan doa aku dengan jalan Dia redhai dan yang telah ditetapkan olehNya.

Aku tahu;

Allah itu Maha Menyayangi dan Mengasihi setiap umatNya

Allah itu Maha Mendengar segalanya

Tuesday, November 13, 2018

Yang Terakhir

Baru-baru ni dia kembali buat kali ke-6.

Dia menyatakan hasrat untuk kembali semula seperti dulu. Dia tinggalkan kekasih baru demi hubungan kami. Kami cuba tetapi gagal. Masing-masing ada harapan tetapi seperti ada halangan di antara kami.

Aku dengan si dia cuba berbincang dan akhirnya, kata putusnya, kami berpisah lagi. Kali ni, dia salahkan diri sendiri sebab dia keliru dengan apa dia rasa dan mahukan.

Aku akur. Tak guna aku berkata apa-apa dan tak guna juga aku paksa keadaan.

Sedih. Sakit. Semua ada aku rasa.

Aku sedih mungkin aku rasa ada peluang lagi tetapi semua itu dah habis. Mungkin aku ada salah yang aku sendiri tak nampak dan aku tak cuba perbaiki.

Betul kata orang, cinta dan sayang terhadap seseorang, tidak semestinya memiliki. Aku redha. Tetapi aku husnuzon dgn perancangan Allah. Ada yang lebih baik akan datang nanti dan mungkin pintu jodoh aku belum terbuka lagi.

Ya Allah, permudahkanlah urusan jodoh aku. Aku tidak sanggup lagi bersedih lama. Ini dugaan yang paling lama aku hadapi. Ringankanlah dugaan aku ini dan gantikan lah kesedihan aku ini dengan kegembiraan satu masa nanti. Aku nak merasa bahagia seperti pasangan-pasangan lain.

Aku redha dan terima dgn hati terbuka yang aku tiada jodoh dengan dia dan aku rasa ini yang terakhir aku bersama dengan dia semula. Aku doakan dia dapat apa yang dia impikan dan dia bahagia dengan pilihan hati dia.

Selamat tinggal, YY...

Monday, October 1, 2018

Mati Akal


Sejujurnya, aku lelah dan penat untuk melayan karenah si dia. Serba tak kena dibuatnya, aku melayan salah, tak melayan pun salah. Kadang-kadang aku terpaksa jadi hipokrit supaya dia tak mengacau aku. Bila aku bertanya apa yang dia mahukan dari aku, senang bagi dia menjawab;

“Entahlah, I pun tak tahu apa yang I nak. I tak faham dengan perasaan ni…”

Indirectly, aku faham je kenapa dia begini. He can’t move on from me. That’s all. In the mean time, aku rasa dia cuba nasib sekali lagi andai aku masih perlukan dia. Natijahnya, aku dah tiada letak harapan. Aku benar-benar mahu pergi sebab bila aku fikir panjang, in the long term, aku tak nampak aku bahagia. Aku rasa boleh mati sakit jantung, haha! Kalau orang matang, dah berpisah, sudahlah. Tak perlu kacau lagi. Nak berkawan pun, biarlah selepas setahun atau dua tahun. Bukan aku tak boleh berkawan pun!

Baru-baru ni, gara-gara aku salah menjawab mesej dan not pick up his called, dia ada mesej mak aku. Pada mulanya aku rasa kurang senang sebab ye la kan, orang mana suka kalau dah gaya begini. Habis segalanya die cerita kat mak aku tentang perangai aku. On that time, aku memang berserah. Dalam hati ni rasa nak pindah je kat mana-mana sementara keadaan ni reda. End up, mak aku takde pun bising bila dapat mesej tu. Cuma mak aku sarankan kami bernikah je kalau dah macam ni.

Allahu, aku tak boleh! Takkan senang-senang macam tu. Dah banyak aku makan hati dengan dia. Bukan setakat tu je, segala caci maki aku dah rasa. Aku betul tawar hati. Sayang tetap sayang tapi kalau nak teruskan, aku berat hati. Makin lama, hati aku kurang terhadap dia.

Betul cakap orang,

“Jangan takut lepaskan dia. Lepaskan dan biarkan dia cari kebahagiaan sendiri. One day kau sendiri akan rasa tawar hati. Tak perlu paksa diri untuk membenci…”

Ya, itulah yang aku rasa sekarang. Hari demi hari, aku cuba ikhlaskan diri aku untuk melepaskan dan melupakan dia. Alhamdulillah, I’m getting better. Aku pun tengah menghitung hari di tempat kerja sini dan InsyaAllah, aku report duty next week kat tempat baru.

p/s: Percaya dan serahkan segala pada Allah. InsyaAllah semuanya akan tenang :)

Tuesday, September 18, 2018

Tersurat Segalanya

Allah itu Maha Adil.

Berkat kesabaran aku, niat aku yang ikhlas untuk mendapatkan jawapan, terjawab sudah. All my questions have been answered. I'm blessed.

Benar, malam semalam dia menghantar mesej kata-kata rindu. Aku tetapkan pendirian aku untuk berkeras. Untuk apa aku percaya lagi sedangkan dia sudah ada orang lain.

Dalam leka bermesej, rupanya aku tidak sedar yang dia ada memerli aku di Whatsapp Status. Aku tidak tahu sehingga keesokan hari. Itu pun aku menebal muka meminta tolong kawan lain.

Astagfirullah. Demi Allah, kenapa sampai tahap begitu dia menuduh aku. Aku tidak pernah berkawan dengan sesiapa untuk meminta duit. Nafsu? Bukan lah cara aku walaupun keadaan aku begini. Aku tidak faham kenapa dia tidak dapat berfikir yang selama ini aku dambakan diri ini pada siapa. Aku bukan memberi maruah aku pada orang yang aku tak kenali. Ya, aku berdosa sekali lagi. Allahuakbar. Selama ini aku tidak pernah kacau dia. Aku terkedu dengan tuduhan begini.

Sebelum aku mendapat cerita ini, aku ada berjumpa dia. Aku masuk ke rumah itu dan dipendekkan cerita, semuanya dah bertukar. Seperti orang lain akan mengambil alih. Barang-barang kekasih dia pun sudah ada. Aku cuba menahan marah dan kecewa dalam hati ini. Di hujung sudut hati aku, aku berbisik;

"Sampai hati kau mungkir janji..."

Aku cuba mendengar apa yang dia sampaikan dan aku cuba juga untuk mendapat jawapan serta persetujuaan bersama tetapi akhirnya gagal juga. Baik dia atau aku, masing-masing tidak faham apa yang kami nak. Tetapi bagi aku, setelah apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri dan apa yang telah dia akui, aku rasa inilah masa terbaik untuk aku melangkah pergi selamanya.

Mereka sudah pun terlalu jauh. Seperti aku dulu. Mana mungkin dia akan tinggalkan kekasih baru walaupun kekasih baru itu adalah bekas kekasih dia 6 tahun lepas. Melihat gambar mereka, aku nampak mereka bahagia. Tetapi kenapa dia masih mengatakan rindu pada aku? Kenapa masih nak membezakan aku dengan kekasih baru? Kenapa masih ada niat untuk mencuba sedangkan jalan buntu? Kenapa masih tidak yakin dengan kekasih baru? Bagi aku, kalau aku usaha sekali mana pun, tak mungkin dia akan tinggalkan kekasih baru dia buat kali kedua. Disebabkan itulah, aku rasa undur diri buat selamanya adalah yang terbaik.

Aku menghela nafas panjang. Aku cuba mendapatkan good closure from him tetapi gagal lagi. Kesudahannya, aku beralah dan keluar dari rumah. Dalam hati ini, Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya aku melihat segala yang ada di rumah itu. Aku kecewa.

Aku berjalan terus ke kereta dan aku berbisik dalam hati;

"Mungkin doa aku dah termakbul. Aku minta petunjuk dan jalan penyelesaian dan Allah bagi hari ini sekaligus. Alhamdulillah. Jazalallah Ya Rabbi"

Aku nekad dalam hati, inilah kali terakhir dia akan dapat jumpa aku. Aku berdoa supaya dia akan berbahagia dengan kekasih baru dan janganlah datang kembali sebab apa yang berlaku di depan mata aku cukup mengecewakan diri aku.

Kalau keburukkan aku ini, dia perlu disebarkan, aku berserah pada Allah untuk langsaikan bagi pihak aku.

Selamat tinggal, YY.